HILANG..KEHILANGAN...
Hidup mati manusia ditentukan oleh Dia, tahu? Ya...semuanya tahu termasuk aku.. Tetapi kehilangan orang yang kita sayangi dan dekat dengan kita begitu sukar diterima akal dan diri ini. Perit betul mahu menerima kenyataan itu. Sakit betul rasanya..namun apa jua yang aku rasakan tidak sama dengan keluarganya, suaminya, anak-anaknya, ibunya, adik kakak dan abangnya..mungkin. ------------------------------------------------------------------------------------------------------------ Kat atas tu sebenarnya draf...hari ahad yang lalu....semalam cukup 7hari pemergian Allahyarhamah Norinsun binti Yahya (maaf xtahu nama ibunya). Insan yang kukenali sejak kecil dengan panggilan 'ciknot' (i segan uolsss nk pgl mama not, itu hak anak2nya) pergi menemui PenciptaNya. Syukur Alhamdulillah..pemergiannya pada Khamis malam Jumaat. Malam terbaik. Semalam keluarga arwah buat kenduri tahlil, terus hati ni dok teringat2 usikan arwah kat aku. Arwah mungkin sakit disaat2 akhirnya namun ...