Posts

Showing posts with the label jenayah

Sayang anak tangan-tangankan

Image
Untuk panduan kita... Ya... Sayang anak tangan tangankan. Jangan sebab didikan kita sebagai ibu bapa gagal, anak anak kita mungkin menyusahkan orang lain. Menjadi penagih, perompak, perogol, pembunuh dan sebagainya.. Berbalik kepada entry aku yang lepas, jika kita sudah melakukan sehabis daya menyediakan yang terbaik untuk anak. Dan jika Allah masih berkehendak ianya berlaku.  Redhalah. Tabahlah. Tawakkallah. Semua yang terbaik datang daripada Allah. Yang buruk dari kita, yang baik dariNya Kepada Dia kita datang, kepada Dia jua lah kita kembali Innalillah.  Jangan ya.

Kesedaran

Aku rasa macam terpanggil untuk berkongsi berita ni dengan semua. Sangat menyedihkan.  ------------------------------------------------------------- JENAYAH Published: Ahad Disember 1, 2013 MYT 9:15:00 PM Tiga Beradik Mati Akibat Dibunuh - Polis ALOR SETAR: Polis pada Ahad berkata, kematian tiga beradik dari Jalan Datuk Kumbar di sini dipercayai akibat dibunuh. Dua daripada mayat adik-beradik itu iaitu Nur Izzati Husna Rusdi, 12, dan adiknya Puteri Nurul Akma, 3 tahun, ditemui beberapa pemancing ikan di gigi air sungai di Kampung Padang Tani, dekat Alor Semela kira-kira pukul 4 petang Ahad. Sementara kira-kira 3.45 petang Sabtu, mayat kakak mereka Noor Syafikah Nadia, 14, ditemui oleh orang awam di kawasan bendang di Alor Senibong kira-kira 12 kilometer dari Alor Semela. Ketua Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim bagaimanapun menolak laporan terdahulubahawa Noor Syafikah Nadia telah dirogol berdasarkan keadaa...