Posts

Showing posts with the label Ujian. madihah

UJIAN

Bismillah.. Harini hari ke 13 Madihah kena cucuk insulin. Hmm. Sebelum ni aku ada buat draft pasal keadaan dia tapi mampu sampai hari 5 sahaja, tapi aku tak boleh nak teruskan dah. Aku rasa aku sedang siksa diri aku sendiri untuk ingat balik benda yang aku takmau ingat dah sampai bila-bila. Sampai bila-bila pun. Semoga peristiwa itu tidak berulang. Ringkasnya yang aku boleh cakap; 14hb Nov – Aku bawa Madihah ke KMC atas sebab dia mengalami keletihan yang melampau dan tak poo-poo dah 4 hari. So dia kena admit. Amek darah. Malamnya Dr bagitau lepas ujian darah dibuat, depa kata sodium dalam badan dia rendah. Normal sodium dalam badan budak/dewasa – 135 tapi madihah 122. Drop agak banyak. Dr pon confius mana keluarnya sodium/garam tu since dia pon tak poo-poo kan. Start malam tu, depa masukkan air garam 15hb Nov – Masih sama tapi malamnya aku mintak stop air garam since madihah dah kembang. Labuh habih mata. Tangan dan kaki membengkak teruk 16hb Nov – ...