DENGAN IZIN ALLAH
Well..harini hari ketiga aku start keja. Hmmm...still cuba catch-up apa aku buat sebelum ni Semoga Allah permudahkan semua urusan aku.. Amin Kemarin aku selak balik diary aku. Last tulis 13hb Nov (khamis) Mengenai perkara keempat, masa tu aku baca emel PKU nak buat Hari Diabetes Sedunia pada 1 Disember. Aku call nak bawak mak dengan baba aku pegi. OK. Confirm. Esoknya Madihah admitted KMC then sampai la HSB..around 17hb ke 18hb doktor sahkan anak aku kena Diabetes Milletus Type 1. Kebetulan apakah??? Perancangan apakah?? Moga ada hikmah di sebalik semua ni. Amin. Kemarin juga hari riang aku. Di saat aku gusar memikirkan anak aku..nak kena cucuk time tertentu Allah permudahkan urusan aku.. Melembutkan hati orang sekeliling aku untuk membantu Kawan2 dan bos letak sofa kat belakang tempat aku supaya aku senang jaga anak aku time tertentu yang aku nak cucuk tu. Terharu.. Terharu sangat.. Kadang..kita minta yang lain pada Allah, tapi Dia bagi yang lain. ...