Posts

Kencing Maneh

Kencing maneh Kencing maneh adalah perkara yang sensitif dibincangkan buat masa sekarang Sangat2 sensitipppp Yelah..dengan anak aku pon diabetic, mak aku pon diabetic kan Tapi mak aku agak serius la Baru2 ni kena buang sikit bahagian tapak tu Mula2 luka kecik je, punca dari lecur Tapi mak tanak p hospital sebab trauma kena potong jari kaki (tengah) masa tahun 2011 Dari luka yang kecik tu Maka terjadi lah luka yang besar hingga last sekali lopong isi bawah tapak tu Terpaksa la pegi hospital juga Dah nama pon pegi hospital kan..memang kaki tu dh teruk Maka terpaksa la buang hampir separuh bawah tapak kaki tu PLUS 1 lagi jari sob sob Mak aku nampak tabah je..kalau dulu aku nampak gk dia nangis Tapi kali ni kena jaga betui2 Sebab aku tengok kalau kena potong ni, macam badi tau Sikit2 kena potong..sian mak Banyak sangat jasa mak pada baba dan adik beradik aku Tak terbalas jasanya :’( So..lately aku macam terfikir masa depan diha Yelah..dia kan di...

WORST PARENT

Sehari dua ni aku rasa cam letih sangat Bengkel dari Isnin sampai Rabu Semua aku kena handle Itu belum bab melayan kerenah2 peserta..boleh jem otak aku sekejap tau Dan bukan aku sorang je yang letih, Muhsin pon sama jugak Yelah..dua2 balik keja penat pehtu mesti nak simpan umah sikit2 Mana tak nye..anak dara tu boleh tahan pandai menyemak barang sekarang ni Balik rumah penat tengok umah semak..lagi semak hati aku Kemas la sikit2..sikit je pon kecoh je lebih Ayat nak poyo je ko kan Tapi semalam extra letih, maklum la dapat gaji kan Terus p shopping barang2 skit Pulun baq hanggg beli sebelum GST Heh..dapat jimat seringgit dua pon syukur sangat Hmmm jenuh la ko nak jawab kat akhirat sana nanti bang jib ooiiii So..lepas p beli barang2 tu, p makan..sampai umah bekerjasama laki bini sidai baju pulak Penat toksah habaq la weiiii Muhsin lepas tolong sidai terus gi mandi masuk bilik Aku? Terjelepok depan tibi tu haa Nak bangun tak larat benoooooooooooo...

FIRST DAY DIP

Ermmm… Tadi aku bermonolog sakan nak update belog Dah ada depan mata..hilang pulak idea aku Well, semalam 10 Februari 2015, jam 12.00 tengahari Madihah siap pasang Diabetic Infusion Pump (DIP) Aku percaya ianya sangat sakit, jarum kan..pendek macamana pun tetap lah sakit. Nyaris-nyaris je semalam aku nak batalkan hasrat untuk bg dia pam tu Menjerit dia cakap sakit dan takut Sedih sangat aku Semalam juga merupakan hari ke 82 Madihah guna jab insulin (insulin jenis pensel) Dan lepas ni dia akan guna insulin pam. Perbezaan tu kitorang dah boleh Nampak la Bacaan gula pon makin cantik jer Syukur Alhamdulillah Kalau ini jalannya..kami teruskan saja As parents, of course we wan’t to give the best to our daughter. It’s not easy actually. Ketahanan fizikal dan minda amatlah diperlukan 09.02.2015 kitorang diberi taklimat, penerangan ringkas tentang pam tu So…pum pang pum pang ok. Dh faham. So we've to stay at ward. It’s easy for doctor to m...

...

Takde kata mampu aku ungkap saat ini Debaran kian terasa Aku dah dup dap dup dap dh ni Petang ni kitorang akan bertolak ke Penang Doakan urusan anak kesayangan kitorang dipermudahkan ye Semoga semuanya berjalan lancar Amin Amin Amin Ya Allah.... Kau kurangkanlah kesakitannya  Kau permudahkanlah urusan kami Kau peliharalah anak kami  Ya Allah.... Terima kasih atas anugerah berharga ini Bantulah kami untuk mendidiknya Permudahkanlah Ya Allah Amin Amin Amin Ya Rabal Alamin

BERDEBAR

Image
Untuk makluman korang..9 Feb 2015 ni anak aku kena transfer pegi GH Penang. Untuk rawatan dia. 10 Feb 2015 dia akan pakai Diabetic Infusion Pump tu Perasaan aku? Since aku tahu dia kena pegi tu of course aku bersyukur impian kami untuk tengok dia pakai tu tercapai. Tapi macamana dia pakai nanti? Benda tu la dok melilau ja dalam kepala aku Sakit ke dia? Selesa ke dia n so on Walaupun aku dah buat kajian jugak tapi perasaan nebes tu dup dap dup dap je dalam dada aku ni Walaupun aku sibuk, benda tu tetap la menyinggah kejap dalam kepala aku Dah pandai selfie sendiri okeyyy Jogging dengan daddy Semoga Allah permudahkan semua urusan mu nak Bonda dan daddy sentiasa doakan yang terbaik buatmu Bonda sayang diha sangat2 sayang Hanya Allah yang tahu Tembikai. Buah kegemaran Madihah tapi sejak dia sakit kami semua takpernah beli mahupun makan buah ni. Seingat aku la..dari November 2014 sampai sekarang Belum cukup setahun pun tapi usaha tu...

RIADAH

Image
Semalam balik keja kesian tengok muka bosan Diha Yelah..asik duk rumah je kan So..lepas golek-golek kejap atas katil, siapkan dia terus bawak mai trek uum Bawak sekali sepupu aku yang tengah cuti tu Sampai je trek, aku terus amek tempat tepi padang  Sepupu aku bawak diha n adik dia jalan keliling trek Aku? duduk tepi padang jadi pom pom girl sampai ke sudah kah kah kah Hobi terpaling suka sangat hahahahahaha Lepas dah abis penat depa berlari tu..tunggu redup sikit bawak pegi tempat reflexology tu Yeke nama tu eh? Lantak lah..sape nak saman kalau salah pon Tetiba budak ni suke benau nak jadi gimnastik girl eh..kecik2 je bonda bagi..dah beso takleh..bonda bagi kaki kang Seksi nak oii..tak baik bersubahat bawak orang ke nerakaaa Rotan kang...eh lantak la masuk jel pon, asal anak tak masuk neqako Yang keluarkan akta/cadangan tu pon kening senipis kulit bawang Kompom mak tak pernah rotan >.< Eh..tetibe kan aku teringat Masa aku tadika ...

TETIBA MUNCUL

Image
Nak mengadu apa eh?  Hahahahahaha...salam pon takbagi nyonyoooooong jer masuk eh Lately memang aku busy sikit Dengan hal anak, kerja..semua lah Tapi aku tetap bersyukur, diberi kesihatan yang baik untuk menjaga anak aku, keluarga kecil aku. Syukur Alhamdulillah Sekarang ni masa untuk kami mengumpul dana Madihah, sikit lagi jer In Shaa Allah cukup. Semua ni dengan izin-Nya Alhamdulillah... Budak kecik ni macam-macam dah boleh cakap Dah pandai mengadu Semalam aku balik keje, dia habaq 'Bonda..daddy cakap Diya gemok'. FULL. Takde pelat-pelat dah Kadang tu apa dia cakap buat aku rasa woowwwwwwwww, anak aku dah boleh cakap macam-macam. Kena hati-hati jugak sebab takut dia ngajuk cakap kita Aku cuba hidupkan suasana sederhana dengan dia.. Jarang la aku jerit-jerit tak tentu hala kan Tapi kadang, aku geram kat muhsin, aku marah dia Pukul anak, sindir menantu gitewww hahaha gilooo mak hang ni diha oiii Sib baik la anak aku ni penyabar macam mak dia,...