Posts

Showing posts from 2014

HEART BROKEN

#CRASH #HEARTBROKEN Semua perasaan ni ada dalam kepala aku Tatau awat aku emosi sangat harini Harini dah hari ke 26 Madihah cucuk Pagi tadi ada interview dengan pejabat zakat Harap semua urusan kami dipermudahkan Aminnnnnn... Aku rasa....aku rasa la aku kuat ja sebelum ni Tapi arini rasa sedih sangat Hmmm..bacaan gula walaupun tinggi tapi dikira ok dari sebelumnya Tapi aku rasa sedih sangat...sayat ja rasa Pagi tadi aku cucuk, aku rasa ok lagi Tapi tengahari tadi aku tak mampu bila dia mula menangis, mengelupur Rasa ketaq ja tangan aku...aku tak boleh cucuk dia Aku rasa macam nak peluk dia saja..nak cakap 'semuanya akan okey sayang' Honestly sometime aku rasa macam nak skip ja cucuk dia tapi takboleh Aku tanak meletakkan anak aku dalam bahaya hanya kerana emosi aku Madihah sayang.... Tolong kuat ya sayang Kalau Diha tak kuat, bonda lagi tak kuat nak Bonda sedih Diha macam tu Kalau bondalah penyebab Madihah sakit Bonda minta maaf ye sayang Bonda minta m...

DENGAN IZIN ALLAH

Image
Well..harini hari ketiga aku start keja. Hmmm...still cuba catch-up apa aku buat sebelum ni Semoga Allah permudahkan semua urusan aku.. Amin Kemarin aku selak balik diary aku. Last tulis 13hb Nov (khamis) Mengenai perkara keempat, masa tu aku baca emel PKU nak buat Hari Diabetes Sedunia pada 1 Disember. Aku call nak bawak mak dengan baba aku pegi. OK. Confirm. Esoknya Madihah admitted KMC then sampai la HSB..around 17hb ke 18hb doktor sahkan anak aku kena Diabetes Milletus Type 1. Kebetulan apakah??? Perancangan apakah??  Moga ada hikmah di sebalik semua ni.  Amin. Kemarin juga hari riang aku. Di saat aku gusar memikirkan anak aku..nak kena cucuk time tertentu Allah permudahkan urusan aku.. Melembutkan hati orang sekeliling aku untuk membantu Kawan2 dan bos letak sofa kat belakang tempat aku supaya aku senang jaga anak aku time tertentu yang aku nak cucuk tu. Terharu.. Terharu sangat.. Kadang..kita minta yang lain pada Allah, tapi Dia bagi yang lain. ...

UJIAN

Bismillah.. Harini hari ke 13 Madihah kena cucuk insulin. Hmm. Sebelum ni aku ada buat draft pasal keadaan dia tapi mampu sampai hari 5 sahaja, tapi aku tak boleh nak teruskan dah. Aku rasa aku sedang siksa diri aku sendiri untuk ingat balik benda yang aku takmau ingat dah sampai bila-bila. Sampai bila-bila pun. Semoga peristiwa itu tidak berulang. Ringkasnya yang aku boleh cakap; 14hb Nov – Aku bawa Madihah ke KMC atas sebab dia mengalami keletihan yang melampau dan tak poo-poo dah 4 hari. So dia kena admit. Amek darah. Malamnya Dr bagitau lepas ujian darah dibuat, depa kata sodium dalam badan dia rendah. Normal sodium dalam badan budak/dewasa – 135 tapi madihah 122. Drop agak banyak. Dr pon confius mana keluarnya sodium/garam tu since dia pon tak poo-poo kan. Start malam tu, depa masukkan air garam 15hb Nov – Masih sama tapi malamnya aku mintak stop air garam since madihah dah kembang. Labuh habih mata. Tangan dan kaki membengkak teruk 16hb Nov – ...

HOMEPRO & CENTRAL FESTIVAL, THAILAND

Image
Hai peeps! Errrr..ekceli aku p tanah-thai ni lama dah..lamaaaaaaaaaaaaaaaaaa dah hahaha tapi elok la aku masukkan juga..penuh jugak le blog aku kan :P Mengikut tarikh di gambar yang aku snap ni aku pegi 27 SEPTEMBER...diulangi SEPTEMBER ya bukkk..bukan oktober bahahahahaha tapi Alhamdulillah masih tahun 2014 kih kih kih kih.. 27 September itu bersamaan dengan hari Sabtu. Tu yang boleh pegi tuuuu... Marilah kita berdoa semoga internet baik2 saja dan mampu untuk terima semua keberatan gambar2 aku tuh.. :P Aku teringin sangat sebenonya nak ke HomePro. Aku pikirin HP itu kayaknya amma seperti IKEA sana nun..emangnya mampir sama kok..tapi hati aku tetap amma itu IKEA deh..bagi aku nga sama, jauh bedanya apatah lagi amman itu kualitinya.   Dah kenapa pulak indon sesat nih..baru balik Siam ke Indon sebenaqnya nih.. :P Disebabkan NadWan & K.Ani dah sampai sana tahap kejelesan aku tuh jangan cakap arr..memang pedengki. Nak jugak pegiii.. Maka sebagai suami yan...