UJIAN



Bismillah..
Harini hari ke 13 Madihah kena cucuk insulin.
Hmm.
Sebelum ni aku ada buat draft pasal keadaan dia tapi mampu sampai hari 5 sahaja, tapi aku tak boleh nak teruskan dah.
Aku rasa aku sedang siksa diri aku sendiri untuk ingat balik benda yang aku takmau ingat dah sampai bila-bila. Sampai bila-bila pun.
Semoga peristiwa itu tidak berulang.

Ringkasnya yang aku boleh cakap;

14hb Nov – Aku bawa Madihah ke KMC atas sebab dia mengalami keletihan yang melampau dan tak poo-poo dah 4 hari. So dia kena admit. Amek darah.
Malamnya Dr bagitau lepas ujian darah dibuat, depa kata sodium dalam badan dia rendah. Normal sodium dalam badan budak/dewasa – 135 tapi madihah 122. Drop agak banyak.
Dr pon confius mana keluarnya sodium/garam tu since dia pon tak poo-poo kan.
Start malam tu, depa masukkan air garam

15hb Nov – Masih sama tapi malamnya aku mintak stop air garam since madihah dah kembang. Labuh habih mata. Tangan dan kaki membengkak teruk

16hb Nov – Lebih teruk dan lembik. Tambah air garam.

17hb Nov –
: pg – Masih lembik dan lebihhhhhh lembik
: ptg – start lemah dan bernafas pendek-pendek
: 7.35 malam – Madihah sesak nafas dan kena pakai oksigen, pakar yang rawat dia datang and dia be honest yang dia TAK TAHU kenapa madihah terlampau letih, lembik dan tak bleh nyawa. Dia minta madihah di refer ke GH.
You cannot imagine my feeling. I was like…?????
Lebih kurang 4 hari aku kat sini, bila anak aku dah separuh nyawa camtu baru hang suh aku refer dia ke GH????!!??
Hampir jam 9.00 malam, Madihah dikejarkan ke GH. Masa ni anak aku dah tak sedar.
Panggil pon tak sahut dah.
Aku? Can’t stop crying. Walau ambulans tu nak terbalik pon, siren macam nak pecah gegendang pon anak aku tak sedar.
Aku harap aku mimpi. Tapi aku tahu aku tak mimpi bila tetiba botol oksigen jatuh atas kaki sebab driver ambulans terlampau ekstrem memandu. Sakit tapi tak rasa *errr malam baru perasan ada lebam.
9.35 malam (aku rasa) Madihah terus kena masuk red zone. Aku lari. Doktor lari. MA lari. Macam drama tapi realiti. Anak aku.
Walau aku kecil hati dengan sikap sesetengah doctor dalam RZ tu, tapi aku kuatkan semangat.
Itu balasan, sebab aku selalu kutuk hospital *sekarang aku dah sayang hospital, tapi sila tingkatkan mutu perkhidmatan dan servis staf anda lagi ya!

Dalam RZ, depa banyak perli aku, sebab aku p KMC. Anak dah separuh nyawa baru mai kat depa. Pasrah. Kalau tak pasrah, kompem aku dah bersilat kat tengah dewan tu.
Ada sorang doktor, sambil dia cucuk jarum kat anak aku belah kiri..urat tak jumpa..dia pusing2 dalam tangan anak aku sambil mulut potpetpotpet dengan orang belakang.
Sikit lagi je aku nak tumbuk.
Ada sorang HO, masuk jarum belah kanan. Keja dia keluar masuk keluar masuk dalam tangan anak aku sebab tak jumpa urat. Aku dah panas, terus keluar perkataan SHIT!. Dia pandang aku, aku jege kat dia. Dia cakap sorry terus minta doktor pakar buat.
Aku nak tanya pakar tu, kau masak ke kat belakang meja tu, sebab aku ada tengok dia tadi. Sembang gelak2..dalam RED ZONE. Ingatkan cleaner rupanya PAKAR.
Bila cucuk lagi urat tak jumpa, terus depa minta aku keluar. Nanti depa panggil. Mungkin tak senang sebab mata aku besar tengok depa.
Dalam hati aku berharap sangat depa lembut dengan anak aku, sebab kalau depa buat kasar dengan dia. Aku tak halalkan dunia akhirat kau berkasar dengan anak yang aku kandung selama 36 minggu itu. Kau jawab dengan Allah nanti. Aku takkan maafkan sampai bila-bila. Termasuk kau Dr KMC!. *tunding jari kat hidung dia **garangggggg grrrrrrrrrrrrrr…

Hampir jam 11, anak aku terus dimasukkan ke Pediatric Intensive Care Unit (PICU), katil 10.
Dekat jam 1 pagi, kami kena jumpa Dr. dan boleh tengok madihah sekejap.
Masa tu Dr cakap gula madihah terlalu tinggi dan masih tidak boleh dibaca.
Depa suspect dia Diabetes tapi belum confirm.
Aku harap depa takkan confirm. Tak mungkin anak kena kencing manis. Anak aku baru 2 tahun.
Makan minum manis pon sangatttttttttttttt jarang. Coklat dalam peti ais walaupun dia nampak tapi tak pernah makan. Tak mungkin lah. Mungkin kesan ubat di KMC.
Kami disuruh balik sebab kat situ tak boleh tunggu walaupun parents.
Pasrah lagi.
Balik la laki bini dengan perasaan bercampur baur. Si bini asik menangis, si laki diam seribu bahasa.
Otw ke Changlun, sampai ja kat Napoh tetiba si laki meraung.
Daddy’s little girl. Mana mungkin daddy dia tak sedih. 
Kalaulah madihah tahu daddy menangis hingga ke rumah. Bersambung di katil hingga tertidur. Bonda saksi daddy taip ayat di FB dengan linangan ayaq mata. 
Kalaulah diha tahu, daddy teresak-esak menangis menaip hingga habis.
Kalaulah diha tahu, daddy sayangkan dia lebih dari segala-galanya.
Bonda akan pastikan diha tahu. Nanti.

18hb Nov – Kami berada di depan PICU seawal jam 10 pagi walaupun kami dibenarkan masuk jam 12.30 tengahari. Anak itu belum pernah tidur tanpa kami berdua. Kalau aku outstation, at least daddy ada. Kalau daddy outstation, bonda ada. Itu malam pertama. Ya’asin dibaca dengan hati yang sangat sayat. Betapa terasa dugaan Allah sangat berat. Allahuakbar!
12.00 tengahari – laki bini siap terpacak dengan guard. Siap tulis nama.
12.20 tengahari – guard bagi isyarat masuk. Rasa nak terbang terus masuk. Lari mungkin mengalahkan Usain Bolt. Tidak. Dinasour tak berlari.
Allah…anak itu. Badannya sedang membengkak. Allah…Allah..Allah.
Saat matanya terbuka melihat kami..'bonda diha lapaq asikk’, ‘bonda diha lapaq ayaq’ dan matanya terus pejam. Aku tak mampu tahan ayaq mata.
Allahuakbar. Allah Maha Besar.
Dr pakar berjumpa kami. Kami disuruh tarik nafas panjang-panjang.
My precious little Thumbelina disahkan menghidapi Diabetis Milletus Type 1. Ianya menyebabkan pancreas madihah rosak. Rosak.
Hati aku hancur. Serpihannya berjuta barangkali.
Nafasnya pendek dan kekurangan oksigen dalam badan adalah kerana gula dan acid dalam badannya terlampau tinggi. Jam 2 pagi, bacaan gulanya 22 (normal 4-7).
Sesuatu yang mengejutkan apabila terjadi pada anak seusianya.
Dan pakar menolak faktor keturunan dan pemakanannya yang memungkinkan ianya terjadi.
Mereka tidak tahu. Sampel darah madihah perlu dihantar ke KL untuk mencari penyebab pancreasnya rosak.
Madihah berada di PICU selama 5 hari (17hb – 21hb), dan perlu berpuasa 4 hari untuk meneutralkan acid dalam badan atau Ketoacidosis dan menurunkan paras gula. 
Aku cuti tanpa gaji selama 2 minggu. Duit tak mungkin dapat menggantikan nyawa anak aku.

21hb – 26hb : Madihah dalam wad 5B

26hb – Dr datang pagi bagitau, Madihah boleh balik.
Syukur Ya Allah.
Allahuakbar!!

Walaupun gula dalam darah dia masih belom stabil, tapi disebabkan aku dah pandai cucuk dan kira karbo dia, doktor pon kompiden bagi dia balik.
Letih sangat dok hospital weh..tapi last day tu pakar cakap memandangkan Madihah ni masih berumur 2 tahun. Agak susah untuk depa dan kitorang nak suh dia makan ikut jadual. Makan apa yang dia boleh makan je. Banyak benda kena pantang jadi doktor cadangkan Madihah pakai Diabetic Infusion Pam. Dr bagitau kos dia dalam RM 21-25k. Err..ribu. Puluh ribu.
Kami positif. Kami akan usahakan.
Melihat madihah menangis dan merayu untuk dicucuk insulin bukannya mudah.
Well..we’re talking about 2 years old baby and what do you aspect?
It’s not easy. It’s really not easy.
Banyak makanan yang dia kena pantang tapi still tak banyak turun.
Kau paham dak betapa sakitnya hati aku. Anak aku tak makan coklat, tak makan aiskrim, keropok etc tapi gula paling rendah 14.
Haaaa…kalau dia tak makan apa baru 7..9 macam tu. Kau gila!

Jadi kami akan usahakan.
Pada sesiapa yang baca blog aku, kenai aku *walaupun aku bukan blogger pames (ada hati nak pgl diri sendiri blogger jugak), aku dan family dengan rendah hati ingin memohon sumbangan kalian walaupun RM1 untuk dikumpulkan bagi melancarkan pembelian mesin ini untuk madihah secepat yang mungkin.
Kalau RM1 atau lebih yang kalian berikan itu diniatkan sebagai pinjam, mohon maklumkan pada aku supaya aku dapat membayarnya secepat mungkin.
Kalau RM1 atau lebih yang kalian berikan itu sumbangan/hadiah ikhlas untuk Madihah, hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya.
Tak mungkin aku dan suami dapat membalas semua jasa baik kalian termasuk engkau sahabat yang sentiasa ada di kala aku senang dan susah. Engkau tahu siapa dirimu.
Semoga Allah limpahan seluruh kebahagian dan keberkatan dunia dan akhirat buatmua sahabat.
Tidak terdaya aku membalasnya.
Sekali lagi, terima kasih.

Alhamdulillah. Ujian ini buat kami semua lebih kuat.
Kami berdua hadapi ujian ini dengan lebih tenang.
Sentiasa bersyukur atas peluang kedua ni. Sekurang-kurangnya aku masih bisa memeluk madihah.
Terima kasih Allah.
Semoga kami akan terus kuat dan segala urusan kami dipermudahkan olehNya.
Amin.

p/s : sekiranya anda berminat untuk memberi sumbangan buat anak kesayangan kami, anda boleh menghubungi kami di talian 013-795 5373 atau emel hidayah@uum.edu.my.

Terima kasih.

Ikhlas dari kami sekeluarga

Muhammad Muhsin Mansor
Norhidayah Mohd Kaharuddin
Nur Madihah Muhammad Muhsin

Comments

Popular posts from this blog

HORMON OHH HORMAN

Langkawi - Part I (Veena Restaurant Thai Seafood)

JAUH ALSO ME TIME