Posts

Showing posts from 2015

SARDIN PUFF

Image
Few day lepas aku ada la tertengok hamba Allah mana tah up resepi sardin puff Aku tak tengok pon resepi inti sebab aku rasa aku buat lagi sedap kah kah kah Poyo up diri sendiri Yelah sebab before ni aku memang selalu buat sandwich sardin kan So step dia sama kecuali tang buh mayonis tu la Cuma aku excited tengok kulit dia tu Sebab aku memang dok cari kulit camtu Dulu aku penah try buat guna kulit pastry tapi hasil dia hancoqqqqq Nyampah iols tau Terus trauma hahahaha So, bila tengok ada kaedah lagi mudah opcos la I teruju gitewwww Kat umah sekarang ada aku dengan diha ja so aku buat guna 1 tin sardin cup AA tu yang kecik Ok la..boleh dapat 3 keping roti = 12 biji puff Aku guna roti paratha cap Kawan ni Memang thorrrrrrrrbaik lah! Ambik yang onion tau, sedap sikit Takdak rasa plain ja Ok, kita start buat inti dulu Masa aku buat inti Roti ni still dalam freezer sebab roti ni cepat lembut Tapi masa nk letak inti dan lipat tu kena buat masa dia half keras dan lembut...

MANDI AYAQ TEQEJUN

Image
Puh kiri puh kanan......... Aku baru balik Langkawi sabtu lepas Plan last minit kompem menjadi Hampa try la hahaha Pehtu saja la tanya family aku tengok tengok semua pon setuju Apa lagiiiiiiii..seksaited la Selalunya kalau time cuti sekolah aku memang takkan balik Langawi sebab pemalaih nak berebut Boleh mengundang rasukan Hulk Tapi saja la kannnnn Kebetulan umah mentua pon kosong sebab depa p PAU, kat KL Suka hati la aku buat rumah tu macam rumah aku hahaha Eh..kata menantu kesayangan ahaksss Kamis aku dah cuti sebab selalunya pagi ni orang kurang nak p Langkawi Orang ramai nak p lepas keja So zemangat la aku bertolak jam 8.30 pagi p kola perlis dengan harapan dapat la kui 10.45 pagi tu Harapan sangat uolsssss Dapat tiket kui 12, dekat nak sampai turn aku depa bukak tiket feri tambahan kui 11.15 pagi  pehhhhhhhhhhhhhhhh...rezeki! Family aku dari Alor Setar sampai kui 10.20 pagi, disebabkan ramai kena la berdiri Cuma ghalat skit la dengan orang sekeliling Da...

KAGUM

Err..ekceli, tajuk dengan isi mungkin sedikit berbeza. Lost. Hai pepol, amacam engkorang? Sihat ke? Iols?? LOLLLLL...sihat je Bertambah sihat uolss, ni kalau naik penimbang pengsan pehtu bangun balik sambil tumbuk2 perut Kemain kembung air badan aku sekarang eh nape kembung air? sebab aku minum 4liter sehari tapi tetaplah tak kurus bahahahaha * ok taklawak tahu! Aku sesaja ja nak sembang-sembang memandangkan aku takdak la bizi sangat arini Selalu bizi ke? bizi bodi je kot lebih, takpon bizi tengok hindustan hahaha eh takdak aih Tak berkat gaji oih selalu sgt mengulat, curi tulang etc Tapi tak dinafikan kadang benda tu jugak kita selalu buat  Kan? ke aku sorang jer? Office aku tengah renovation sekarang tu yang moral down skit nak buat gheja Nak pebesaq banglo kata bos aku hahaha Ok. Lari tajuk. Nak cakap pasal kagum ni Kagum dengan orang perempuan termasuk aku * please stand up Semalam aku balik gheja, p pasar, beli barang basah sket, balik ...

BLOG

10 Julai 2012-10 Julai 2015 Harini dah 3 tahun aku tulis blog Femesnya idak la sangat*nak jugekkkkkk hahahaha Tapi geli geleman betui weh ayat aku dulu Dah seropa karangan budak darjah 4 amboiiii hahaha Motip buat blog lebih kepada Madihah so..pasni muka Madih je lah yg memenuhi segenap dunia blogging bonda eh..bonda ngan daddy nnti tumpang glamer Madih je :) Erkkkk??? Kau dah kenapa jahhhhh Madih ke Dadih hahaha  Tu dulu la..kenkonon panggil madih macam 'auwwmm..auwwmm nomel nomel' Sekali pandai lagi anak aku bahasakan diri dia 'Diya' lani  Berpijak dibumi nyata gitu, bukan macam bonda dia..berlagak comel padahal...hmm sangat Tapi tujuan aku buat blog dulu sebab nak kabor ke laki pasal kami anak beranak since muhsin jauh di Penang sana Kononnnn Padahal laki den tu bacanya jarang sekali uols Malas baca karangan gitewww -_-" ------------------------------ Ekceli aku draf ayat kat atas tu before 10 Julai, and kononnya nak post on 10 Ju...

Mood masak

Image
Heloooooooooooooooooo Nendiaaaa mood masak mai dah Kemahennnnn tengah tengah bulan posa dia stuck kejap Ni mencurah curah uolssss Semalam tetiba tengok post gambaq udang terus ahkak teringat sambai petai Sedap jugak nih Gigih balik ofis terus p market cari udang, petai, brocoli, kentang, tempe Ini je tak cukup, bahan lain semua ada dah kat ghumah Menu: Sambai tempe+kentang+bilis Sambai petai udang Sayoq campoq hentam lah labu *pon boleh Ayaq sirap Semua peberet laki sebenaqnya Bini ni boleh telan apa ja Tak kisah..hahaha ayat pasrah gila! Walaupun puasa, tetaplah sedap uolssssssss Hahahaha sapa lagi nak puji kalau bukan diri sendiri Kat laki pon tanya dekat spoloh kali baru nak jawab Sedap sangat letewwwww *ayat sedap hati bini Dok makan tetiba bangun tambah sendiri Ok. Confirm sedap lapaq Hahahahahahahaha

Buka Puasa : EDC

Image
Semalam patutnya aku buka puasa kat Danok sebab nak beli beras dengan pulut Alih alih ada orang boleh pulak hilangkan borderpass blerghhhhhhhhhhhhhhhhhh Menyirap aku Dah la aku yang ajak kawan kawan p Tup tup aku yang tak pi Sib baik tak kena lahar  Kesian kak ani pegi dengan Nad n Syikin jer Tapiiiiiiiiiiiii walau sedih Tetaplah aku bersyukur sebab ada orang bagi aku kupon buka puasa kat EDC untuk 2 orang Aku cecepat call orang EDC tanya menu depa sebab of cos la aku aim Lamb Grill hahaha Bukan semua hari ada lamb tau So kena confirm balik Lepas confirm, check semua bagai maka aku pon booking la nk bukak puasa kat situ Aku cuma kena bayar untuk seorang ja yakni sepupu aku tu Muhsin akan otw dari Jeti Kuala Perlis Boleh pulak naik feri kui 6.30, hurmmm bagossss Lantakkan..yang penting perut aku hahahahaha Nak dikatakan kebetulan pulak kawan aku si Yana tu ada bengkel kat EDC Dia suh aku datang cepat sikit teman dia Jam 6.15 aku sampai Sembang bagai, kui 7.10 k...

SAHUR

Sahur ni antara time yang aku paling stress jugak laaa Sebab taktahu nak masak apa Geram je kadang kadang tu Nasib la sepupu aku jenis tak sahur sangat Makan cereal pon jalan Tapi esok aku dah start puasa Dah kena pikio sahur Kalau dak, aku agak aku jalan guna kepala sebab migrain Berbuka ni takde masalah sangat Abis idea sangat, melantak murtabak pon aku ok Kot ada orang jual burger ke, murtabak ke, roti john ke time sahur pon best jugak Tapi orang tak jual pon bagus, kang aku pikir hantu pulak Pehhhhh...pehhhh lapaq hoihh Menguji sangat ni pehal Mengalahkan orang puasa pulak Padahal masa puasa larat je tahan, tetiba bila ABCDEFG ngengada pulek Tapi kan macam tak caya je aku tak amek gambaq makanan Perangai pemalas tahap tak boleh blah betoi Tapi baguslah jugak, takde la orang kata aku riak ke hape kan kan kan Dah la, nak sambung pikiaq menu sahur balik Ini pon boleh bikin stress!

Kifarah

Tolong hoiiii Mata rabak *tapi totap cun Hidung sempit plus berair Tekak perit  Aaaaaaaaaaaa...ngantuk, penat, lapoooooooooooooooooooooooo hahahahahaha Semalam anak dara merengek jam 3.35 pagi Telinga sakit katanya Aduiiiii Tapi aku sayang dia lagi berbanding tidoq Maka bangun la meraba lampu Cari tempat colek telinga tu survey sat apa ada dalam tu Aku suluh tak nampak apa pon Sebab telinga dia baru ja buang binatang kan  Adoiiiiiiiiiiiiii suka betoi binatang tu kat telinga dia Kali ketiga kot ni, telinga yang sama plak tu Stress betui aku Bab ni yang aku geram sangat ni Orang lain punya silap, anak aku kena tanggung Kata bodoh kang marah pulak grrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr Nangis nangis budak tu aku colek telinga dia Siap cakap 'nda jangan buh cimut na, diya takmau cimut' Hurmmmmmmmmmmm trauma latu Sebab aritu nak tengok telinga dia, kitorang balut dulu dia dalam selimut supaya tak gerak huhuhu sadissssss sangat Aku kalau maki hamun kan, dua kantung pon ta...

Madihah si Bijak

Anak. Aku selalu dok plan nak record time cucuk diha Tapi selalunya plan tu tinggal plan jelah Sebab tak mampu nak record tang dia sakit n nangis  It's hurt you knowwwwwww Aku lebih rela peluk cium dia Walaupun kadang aku rasa ujian yang Allah uji kami ni berat dan perit tapi semua tu tetap takkan mampu tandingi kesakitan anak aku Sebab tu aku tau Allah uji aku sebab aku kuat (tengok badan pelisss) Hahahaha walaupun kadang tu tersentak la jugek kannnnn Lately aku rasa anak aku bijak sangat *boleh?puji anak sendiri? hahahaha Yelah..sometime aku rasa dia boleh berfikir dan bertindak lebih dari apa kita fikir  Kat umah aku sekarang ada sepupu aku, dia study sini Aku kadang dah pemalaih nak bangun selalu suruh sepupu aku  ' kak, tolong amek sat',   ' kak, tolong bla bla sat' hahaha gitchew Tetiba aritu madihah suruh aku amek ayaq, aku cakap la 'd iha, p la amek sendiri, kan atas meja ja ' Dia? terus 'kakkkkk, tolong amek ayaq kat diya sat, ...

Weekend

Hai! Amacam weekend korang? Aku?  Biasa ja... Sebab apa tetiba aku cakap pasal weekend? Heeeee mesti ada sebab kan Actually ari sabtu (kemarin), aku ada rasa macam nak demam, tekak dh siap takleh telan ailio, mata dh mula panas panas grrr awatlaaa tak sakit jemahat wehhhh Terus makan ubat dan makan eskrem bebanyak (aku abc tawww) Kadang kadang aku rasa being a mother ni tak sesuai sangat nak sakit bagai Betuiiii Tapi ni pendapat aku jelah, mungkin bagi org lain tak, mungkin depa rasa ibu ni manusia bukan robot yang tak sakit bagai kan Cuma pada aku, bila aku sakit akan ada keja bertangguh dalam rumah dan yang paling penting madihah akan jangkit  Benda paling aku taksuka bila bab jangkit tulah Pehtu aku akan jadi tak larat nak handle itu ini Tak larat tu plak akan membawak ke dua tiga hari phewwww gigih aku eja Tapi weekend ni bila aku tak sihat Tetap lah aku kena buat semua sebab Muhsin tadek Dia ada keja kat Langkawi So, sakit ke nk pitam ke ko lah yang urus...