AGAIN

Again lah sangat...buat aku angin ajeee binatang ni tau

Telinga anak dara aku dimasuki cikenit/tempiras tu lagi. LAGI okay. LAGIIIII

Geramnyaaaaa...

Hari Rabu..malam, anak dara ok je aku tengok. 
Cuma aku perasan bila aku cium dia, dia akan nangis cakap sakit
Tapi aku xtau sebab aku..bl aku tanya sakit kat mana
dia akan tunjuk kaki..macam biasa
Tu yang tak syak pape
Tapi masa tidoq tu asik merengek2 je
Tensi gak aku..dah la ngantuk giler
aku tarik dia tidoq dekat aku
Then tangan aku terpegang telinga dia
Terus dia teriak kuat gila..
Aku dah tak sedap hati
bukak lampu pehtu suluh telinga belah kiri..
ada nampak taik telinga
Dia nangis teruk masa aku pegang tu
sebelah kanan okay je

Jam 2.45 aku tengok 
Terus siap pergi hospital
Sepanjang jalan mengutuk diri sendiri sebab takperasan anak sakit. Emak ape lah aku ni kan :'(
Sampai hospital
Jam 3.15pg daftar..
Jam 3.40pg baru depa check *padahal bukan ada orang pon. Siap ada doktor ke MA tah tengah tidoq lagi masa tu. Geram je aku

Perbualan
Aku: telinga anak saya sakit sebelah kiri
MA/Doktor : *check
MA/Doktor : oo..telinga dia ada taik telinga yang besar dan kering, saya bagi ubat telinga dan taik tu akan cair
Aku : tu je? dah abis?
MA/Doktor : ya..itu saja
Aku: *keluar bilik rawatan dengan muka tak puas hati sangatttttttttttttttttt

Jam 4 pg aku sampai umah parents, depa terkejut tengok aku balik. Aku bagitau baru balik hospital sebab telinga diha sakit. Walopun dah balik tapi dalam hati ni memang rasa something ja. Macam tak sedap hati.

Besembang dengan depa sampai jam 6pg. Jam 7pg depa nak p market aku tidoq la sekejap. Tapi takleh nak tidoq sangat pon sebab sepanjang masa tu anak dara tidoq tak lelap. Asik terkejut bangun..tidoq sampai la kui 8 lebih aku dah tak tahan. bawak dia p klinik panel. 
Doktor tu check memang ada taik telinga besar tapi dia rasa ada binatang jugak sebab ada taik binatang tu color hitam. So dia refer ke pakar hospital again

Sampai hospital macam biasa memang aku taknak tunggu. Depa refer ke zon hijau untuk check dia. Tapi kat situ pon dekat hampir 2jam ya. takdak orang check sebab depa p minum. Grrrrrrrr...
Macamana la aku tak merungut kan..tak kan la semua nak p minum secara berjemaah kot. Agak2 la..pehtu baru la datang. Muka aku korang jangan cakap la macamana. Dah rupa samseng nak cari gaduh dengan orang dah. Nak2 lagi ada sekor pak guard yang asik nak halau aku. 
Kenapa sekor? sebab dia takpuas hati aku kat zon hijau tu lama sangat, bayangkan la nape tak lama? dah semua bangsa pon nak minum kan. Abis sape nak rawat anak aku? tak kan makcik cleaner yang dok namploh kali mop depan aku tu???? 
Pak guard tu asik dok mai habaq kat sini budak2 takleh masuk, xleh masuk lebih dari sorang *sebab mak aku ada. Memang mintak lahar ni. Tak sempat aku nak jawab dia nampak ada dua orang India bawak budak masuk terus dia tengking. TENGKING ok. Tak cakap baik2 dah. Suruh keluar takboleh bawak budak. Baru je India tu nak jawab lagi dia tengking lagi cakap 'takdak alasan2, keluar sekarang!'. Aku peratiiiiiiiiiiiiiiiiiiii je

Lepas setengah jam tu, ada MA ni panggil anak aku masuk. Mintak mykid aku lupa plak nak amek dalam keta. Aku nak tinggal diha takleh, dia taknak kat mak aku. So terpaksa la aku bawak dia skali p kat keta amek mykid tu. Masa aku nak masuk balik zon hijau tu terus pak guard tu macam tinggi suara kat aku depan orang ramai cakap takleh bawak anak. Mana dia datang pon taksempat aku tengok. Memang tang tu jugak dia makan jerkah aku balik. Eh..kurang ajar sangat dah ni. Nak tunjuk kose veto yang tah pape tuh. Silap orang lah kannnnn. Takpayah la aku mention kat sini ape aku cakap sebab sah2 aku pon kurang ajar jugakkkk. Ya...itu makan dia. Memang layak ya. Kutuk la aku..ada aku kisah??? sebab aku yakin..kalo sapa2 kat tempat aku pon akan marah. Suka hati ja nak tengking2. Cakap la baik2. Aku walaupon muka dah gangster abis tapi aku takdak la nk kurang ajar ke apa. Aku bukan la orang cmtu. Tapi dah dia perangai cenggitu memang layak la dapat 'bekpes' best camtu. Terus diam. Baik.

So masuk la bilik rawatan MA tu check

Perbualan
Aku: saya dah datang tadi, pagi tadi depa cakap ada taik telinga saja. Anak saya nangis tak behenti saya bawak p klinik doktor cakap nampak taik binatang
Dia check
MA : Takde puan..memang taik telinga anak puan saja
Aku : awak check betul2, doktor tu cakap memang ada taik telinga anak saya tapi taik binatang tu pon dia nampak jugak
MA tu check lagi sekali, dengan muka terkejut
MA : Perghhhh...ada la puan. Banyak giler binatang tu. Saya takboleh nak buat ni. Kena panggil doktor lain tengok *terus keluar panggil doktor
Doktor tu check
Doktor : Puan..kiri kanan ada binatang tu..cuma sebelah kiri lebih banyak
Aku: Dah menangisssssssssssssss time tu
Marahkan diri sendiri..dan marahkan laki sebab takde masa tu
Sentapppppppppppppppppppppppp

Doktor tu mintak aku naik ke klinik pakar tingkat 2. 
Kena tunggu la pulakkkkkkkkkkkkk..dari jam 10 hingga 12. 
Anak aku asik merengek..nangis..kesian dia. Apa pon takmakan lagi
Sampai turn aku, masuk la jumpa pakar

Perbualan
Doktor : Telinga masuk binatang ye. Meh saya check *dengan bahasa yang sopan yang amatttt
Aku : Ha'ah..sebelah kiri dan kanan
Doktor check
Doktor : Takde lah..sebelah kiri sahaja. Kanan takde pape. Kosong. Mungkin doktor tu kompius dengan gegendang agaknyaaa... Heh..boleh pulak kau kompius antara gegendang dengan binatang ye. Besar bezanya tu..kalo dengan gendang kompang takpe la jugakkk -_-"
Aku : Banyak ke sebelah kiri tu doktor?
Doktor : Taklah..sekor saja.
Aku : Eh..tadi doktor kat bawah tu cakap banyakkkkkkkkkkk. Grrrrrrr...
Doktor tu muka dah lain cuba cari ayat yang boleh mengurangkan kadar kemarahan aku. 
Doktor : Taklah..satu saja. Yang banyak tu najis dia. Puan bawak pegi bilik rawatan kat dalam sekejap lagi saya datang.
Aku terus pegi

Sampai bilik rawatan anak aku dah tau dahhh orang nak kaco telinga dia lagi. Dah merengek dahhhh
Doktor sampai ja terus buat dan keluarlah binatang itu. 
Sekejap ajeeeeeeee...
Buat dengan lemah lembut
Anak aku tak nangis sangat pon.
Tapi macam biasa..kesan bisa/sengat tu memang ada so dia fobia la kalo orang pegang telinga dia. Nak kuis rambut pon takbagi. Sian dia.  
Ekceli dia penah kena dl, boleh rujuk entry aku dulu kat sini
Nak marah sangat pon,takleh gak. Dia punya habit kan
Tapi aku memang berangin la pada orang yang check2 sume tu. 
Yang paling tak tahan..semua yang tengok dan kata taik telinga tu sebenarnya binatang tu la! mana ada taik telingan besar pon! Grrrrrrrrrr...



  
Besar jugak..ni aku dah penyet2 kan dia. 
Tunggu takbuat sambal je. 
Kalo makan dengan nasi pon sodap nih. 

Kisah ni tak behenti kat situ jer. Balik tu aku bagi dia tidoq dulu. Makan ubat tahan sakit.
Dah bangun asik merengek je cari daddy jer
Nak dedi..nak dedi... *anak aku dah boleh cakap banyak benda sekarang, panggil bonda pon dah pandai. Takde gempalll lagi dah. Kalo tak..sentappppppppp
Daddy kat Johor nu nak..mana bonda nak petik??
Ari jumaat malam, dah tak tahan bgtau daddy dia. Sebelum ni hasben dah tanya nak dia balik ke x..aku cakap takyah sebab hujung bulan ni dia nak balik dah. Cuti 2 minggu. Dah la minggu lepas baru balik je. Penat la p mai..p mai camtu. Kita pon tak sampai hati walopun sepanjang anak nangis berjabu ku mengata dia wakakakaka..gitu la emak2 kan. Rasa macam suami ada kat sebelah pon dah kuat walupon takde la dia buat apa pon sebenarnya. 

Daddy lagi cergas. 
Bonda suh balik esok pagi (Sabtu), dia risau dengar anak nangis terus balik malam tu jugak. Jam 1 pagi ke KL. Tapi katanya bas sampai kui 4pg sebab jem. Kui9 Kl ke Alor Setar. Terkejut je aku bila hasben cakap kui4 ptg dia sampai sekarang kat KL dah. 
Terharu :') kami. 
Elok daddy ada, Diha tak merengek langsung. 
Daddy tengok macam ok je. 
Dah nampak aku pulak yang buat cerita Diha cari daddy
Heh..Diha ni tau. Pura2 la nangis sikit walopun happy tengok daddy
Ni...merengek pon dak. Main aktif sungguh pulak tu. 
Melompat lagi dalam kereta. 
Padahal otw nak p amek daddy tu baringggggggg je macam orang sakit atas kerusi. 
Macam dwi-personaliti lak kamu ni nak. 
Bonda jugak yang nampak sangat perlukan daddy  -_-'

Comments

Popular posts from this blog

HORMON OHH HORMAN

Langkawi - Part I (Veena Restaurant Thai Seafood)

JAUH ALSO ME TIME